CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

Wednesday, January 30, 2008

KATAKANA




  • Katakana digunakan untuk mengantikan perkataan asing selain daripada Jepun seperti perkataan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.

  • Langkah pertama untuk mempelajari bahasa Jepun. Anda perlu menghafal bentul tulisan hiragana dan katakana berserta dengan bunyi atau sebutannya sekali. Selamat mencuba.Gambatte ne.

  • Tuesday, January 29, 2008

    SEBUTAN ON'YOMI ATAU


    On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)

  • On'yomi (音読み,On'yomi?), iaitu bacaan Cina-Jepun, merupakan anggaran Jepun terhadap sebutan bahasa Cina sesuatu aksara sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berbeza di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara 働 "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya dō,serta aksara 腺 kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.

  • Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)Kun'yomi (訓読み,Kun'yomi?)

  • merupakan bacaan berdasarkan perkataan bahasa Jepun yang asli, atau yamatokotoba (大和言葉,yamatokotoba?), yang menganggarkan maksud aksara Cina dengan setepat mungkin sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sepertilah on'yomi, adanya kes pelbagai sebutan kun bagi satu kanji yang sama, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi.

  • Contohnya, aksara kanji bagi timur, 東,disebut secara on sebagai tō. Namun, bahasa Jepun juga ada dua perkataan bagi "timur": higashi dan azuma. Maka aksara
    kanji 東 disebut dalam kun'yomi sebagai higashi atau azmuma. Lain pula bagi kanji 寸,
    iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci), oleh sebab tiadanya persamaan dalam bahasa Jepun, maka cuma ada on'yomi iaitu sun. Kun'yomi disifatkan melalui struktur sukukata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga sukukata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua sukukata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana,
    itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).

  •