CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »


Counters
sukosensei

Friday, March 20, 2009

kata hubung


mari kita tinjau cara menggunakan kata hubung "wo (を)". Kata hubung "Wo" (を) di gunakan untuk menggambarkan objek bagi kata kerja di dalam ayat. Ianya di letakkan di belakang perkataan yang mana adalah objek bagi kata kerja. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut:-
Kata nama - wo (を) kata kerja.

Contoh Ayat

Sakana-wo taberu
Makan ikan

Orenjijuusu-wo nomu
Minum jus oren

Nihongo-wo benkyousuru
Belajar bahasa jepun

Shinbun-wo yomu
Membaca suratkhabar

watashi cohi wo nomu
saya minum kopi

Perkataan Baru

Sakana = Ikan
Orenjijuusu = Jus oren
Shinbun = Suratkhabar

Kategori : Kata Hubung

Saturday, March 14, 2009

PENGGUNAAN PENJODOH BILANGAN



Di dalam bahasa jepun penjodoh bilangan bagi buku dan juga majalah adalah "satsu". Tulisan kanji bagi satsu adalah "冊"

Cara penggunaannya adalah seperti berikut

_______satsu = _______biji
is-satsu = se-biji
ni-satsu = dua biji
san-satsu = tiga biji
yon-satsu = empat biji
go-satsu = lima biji
roku-satsu = enam biji
nana-satsu = tujuh biji
has-satsu = lapan biji
kyuu-satsu = sembilan biji
jus-satsu = sepuluh biji

nan-satsu = Berapa biji

Contoh Ayat

Watashi-ga ima-made yonde-kita hon-no-kazu-wa jus-satsu desu
Sampai sekarang jumlah buku yang telah saya baca adalah 10 biji

Tsukue-no-ue-ni is-satsu-no-nooto-ga arimasu
Terdapat sebiji buku nota di atas meja

MONDAI : LATIHAN

1. Di dalam beg saya ada 3 buah buku cerita , 5 buah majalah pc dan senaskah suratkhabar.

Perkataan Baru

Yomu = Baca
Tsukue = Meja
Ue = Atas
Nooto = Buku nota
Arimasu = Ada (Untuk benda tidak hidup)
beg= kaban
buku cerita= mangga
suratkhabar=shinbun

Wednesday, March 11, 2009

KATA NAMA ; ESOK , LUSA


Esok, lusa

mari kita belajar bagaimana untuk menyebut perkataan "kelmarin, semalam, hari ini, esok dan lusa" di dalam bahasa jepun.
Kelmarin = Ototoi
Semalam = Kinou
Hari ini = Kyou
Esok = Ashita
Lusa = Asatte

Contoh Ayat

Ototoi, watashi-wa tomodachi-no-ie-ni ikimashita
Kelmarin, saya pergi ke rumah kawan

Kinou, MACHIKO-san to aimashita
Saya telah berjumpa dengan machiko semalam

Kyou, byouin-ni ikimasu
Saya pergi ke hospital hari ini

Ashita-kara, shiken-ga hajimarimasu
Peperiksaan akan bermula esok

Watashi-wa, asatte jikka-ni kaerimasu
Saya akan balik ke kampung lusa

Perkataan Baru

Aimasu = Jumpa (polite form)
Byouin = Hospital
Shiken = Peperiksaan
Hajimarimasu = Bermula (polite form)
Kaerimasu = Balik (polite form)
syarikat = kaisya
baru = atarashi
bekerja = shigoto

MONDAI : LATIHAN; tukarkan dalam bahasa Jepun/bahasa Melayu

1. Saya akan mula bekerja di syarikat baru esok.
2. John san wa, asatte okinawa ni kimasu

Kategori : Kata Nama

may be / tabun/ mungkin


Mina-san konichiwa, selamat tengah hari semua. Hari ini mari kita tinjau satu lagi pelajaran baru di dalam kategori idiom. Jom kita cuba-cuba pakai perkataan "tabun" di dalam bahasa jepun. "Tabun" bermaksud "mungkin". Ianya di guna pakai untuk menunjukkan sesuatu perkara yang mungkin akan berlaku.
Contoh Ayat
Ashita-no tenki-wa tabun ii-deshou
Cuaca untuk hari esok mungkin baik

Ano-hito-wa tabun nihon-jin-deshou
Orang itu mungkin orang jepun

Kare-wa tabun kaze-deshou
Mungkin dia demam

MONDAI ATAU LATIHAN : tukarkan dalam bahasa Jepun atau bahasa melayu

1. Orang itu mungkin orang India.
2. kore wa tabun tokei desu

Perkataan Baru
Tenki = Cuaca
Ano-hito = Orang itu
Nihon-jin = Orang jepun
Kaze = Demam
indo-jin= orang India
tokei= jam

Kategori : Idiom

Wednesday, January 30, 2008

KATAKANA




  • Katakana digunakan untuk mengantikan perkataan asing selain daripada Jepun seperti perkataan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.

  • Langkah pertama untuk mempelajari bahasa Jepun. Anda perlu menghafal bentul tulisan hiragana dan katakana berserta dengan bunyi atau sebutannya sekali. Selamat mencuba.Gambatte ne.

  • Tuesday, January 29, 2008

    SEBUTAN ON'YOMI ATAU


    On'yomi (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)

  • On'yomi (音読み,On'yomi?), iaitu bacaan Cina-Jepun, merupakan anggaran Jepun terhadap sebutan bahasa Cina sesuatu aksara sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sesetengah aksara kanji diperkenalkan dari tempat-tempat berbeza di China pada masa-masa yang berlainan, maka mempunyai banyak sebutan on'yomi dan selalunya pelbagai maksud. Kanji yang dicipta di Jepun biasanya tidak mempunyai on'yomi, kecuali aksara 働 "bekerja", yang disebut dalam kun'yomi sebagai hataraku dan on'yominya dō,serta aksara 腺 kelenjar", yang hanya disebut dalam on'yomi iaitu sen.

  • Kun'yomi (sebutan Bahasa Jepun)Kun'yomi (訓読み,Kun'yomi?)

  • merupakan bacaan berdasarkan perkataan bahasa Jepun yang asli, atau yamatokotoba (大和言葉,yamatokotoba?), yang menganggarkan maksud aksara Cina dengan setepat mungkin sewaktu diperkenalkan kepada orang Jepun. Sepertilah on'yomi, adanya kes pelbagai sebutan kun bagi satu kanji yang sama, dan sesetengah kanji langsung tiada kun'yomi.

  • Contohnya, aksara kanji bagi timur, 東,disebut secara on sebagai tō. Namun, bahasa Jepun juga ada dua perkataan bagi "timur": higashi dan azuma. Maka aksara
    kanji 東 disebut dalam kun'yomi sebagai higashi atau azmuma. Lain pula bagi kanji 寸,
    iaitu suatu unit ukuran Cina (sedikit lebih seinci), oleh sebab tiadanya persamaan dalam bahasa Jepun, maka cuma ada on'yomi iaitu sun. Kun'yomi disifatkan melalui struktur sukukata (C)V yamatokotoba yang ketat. Kebanyakan kun'yomi kata nama atau adjektif panjangnya dua atau tiga sukukata, manakala kun'yomi kata kerja selalunya satu atau dua sukukata panjangnya (tanpa mengira hiragana ekoran bergelar okurigana,
    itupun dianggap sebahagian daripada bacaan).

  •